Sekolah ini mula dibina pada bulan Jun 1957 di dalam Kem Terendak bagi menempatkan anak-anak anggota tentera daripada Briged ke-28 Infantri Komanwel sehingga ke tahun 1969. Pada awal penubuhannya, kem ini mempunyai kekuatan 1 Battalion Tentera British, 1 Battalion Tentera Australia, 1 Battalion Askar Melayu dan 1 Kompeni Tentera New Zealand beserta unit-unit bantuan tempatan.
Pada awalnya terdapat sebuah Asrama Putra yang menempatkan anak-anak anggota tentera yang bertugas di luar negeri Melaka. Kini Asrama Puteri telah diwujud bagi menampung keperluan anak-anak perempuan anggota tentera. Yang uniknya Asrama Putra ditadbir oleh Kementerian Pertahanan dan Asrama Putri ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bentuk sekolah ini juga berbeza dengan sekolah-sekolah lain. Sekolah ini mempunyai lima bangunan dan terdapat sebuah dewan dan lima buah makmal sains. Bilik-bilik darjahnya kecil dan hanya boleh menampung antara 25-30 orang pelajar.
Pada mulanya semasa pentadbiran kerajaan Komanwel, dewan sekolah ini merupakan sebuah panggung wayang mini. Semasa peringkat awal pengambilalihannya sekolah ini, semua bilik di bangunan utama dilengkapi dengan pendingin hawa tetapi kini diubah kepada kipas dinding sahaja. Ini adalah disebabkan pendingin hawa ini memerlukan kos senggaraan yang tinggi dan keadaan yang tidak begitu memuaskan.
No comments:
Post a Comment